Tarikh terakhir dikemaskini: July 2021

Keypath Education Malaysia Sdn Bhd (yang kami merujuk kepada, bersama dengan entiti sekutu kami, sebagai “Keypath”, “kita”, or “kami”, bergantung kepada konteks) menghormati privasi anda, dan mengambil berat tentang privasi dan keselamatan maklumat peribadi.

Dasar Privasi ini menerangkan:

  • Jenis maklumat yang kami kumpulkan, cara kami mengumpulkan maklumat tersebut, dan cara kami menggunakan maklumat tersebut;
  • Bila dan dengan siapa kami mungkin berkongsi maklumat yang kami kumpulkan; dan
  • Pilihan-pilihan dan hak-hak anda mengenai maklumat peribadi anda.

Dasar Privasi ini terpakai kepada maklumat yang kami kumpulkan melalui laman-laman web yang dihubungkan kepada Dasar Privasi ini (secara kolektifnya dirujuk sebagai “Laman”), serta melalui mana-mana kontak lain yang anda ada dengan Keypath melalui atau bagi pihak Sunway University ( “Sekolah Rakan” kami) berhubung dengan program-program pendidikan yang ditawarkan oleh mereka dengan bantuan kami (secara amnya dirujuk sebagai “Program” atau “Program-Program”) .

ANDA HENDAKLAH MEMBACA DASAR PRIVASI INI DENGAN TELITI. Dengan mengakses, melayari, atau sebaliknya menggunakan Laman, anda membuat kontrak yang mengikat antara anda dengan kami, dan anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan Dasar Privasi ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma-terma Dasar Privasi ini dan lebih suka bahawa kami tidak mengumpulkan, menggunakan, atau berkongsi maklumat anda seperti yang kami terangkan, anda tidak harus menggunakan Laman atau memberikan kami dengan sebarang maklumat.

PENGUMPULAN DAN PENGGUNAAN MAKLUMAT PERIBADI

A. Apa Yang Kami Maksudkan Dengan “Maklumat Peribadi.”

“Maklumat Peribadi” merujuk kepada maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti anda, seorang individu yang spesifik. Negeri-negeri, negara-negara, dan undang-undang yang berbeza mentakrifkan Maklumat Peribadi (atau istilah-istilah yang serupa, seperti “maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi” dan “data peribadi”) secara berbeza, tetapi Maklumat Peribadi secara amnya merangkumi maklumat seperti nama anda, alamat surat-menyurat, alamat e-mel, dan nombor telefon anda. Ia juga boleh merangkumi alamat protokol internet (IP) komputer atau peranti mudah alih jika alamat IP tersebut boleh dikaitkan dengan Maklumat Peribadi lain dan digunakan untuk mengenal pasti seorang individu tertentu, atau maklumat geo-lokasi, jika maklumat tersebut boleh digunakan untuk menentukan sebuah pihak tertentu.

B. Pemberian Maklumat Peribadi Adalah Pilihan Anda.

Kami akan mengumpul Maklumat Peribadi daripada anda hanya jika anda memberinya kepada kami secara sukarela. Misalnya, jika anda memutuskan untuk menghubungi kami, seperti melalui “Hubungi Kami,” “Meminta Maklumat Lanjut,” atau pautan-pautan yang serupa di Laman, jika anda meminta maklumat mengenai Sekolah Rakan kami atau mengenai Program-Program dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh kami dan mereka, jika anda memohon untuk mendaftar dalam sebuah Program, atau jika anda mendaftar untuk menerima surat berita atau bahan-bahan lain, anda mungkin memberi kami dengan nama anda, alamat e-mel, dan mana-mana maklumat lain yang disertakan bersama penyerahan anda. Jika anda menyertai sebuah Program, kami akan mendapatkan Maklumat Peribadi daripada anda supaya kami dan Sekolah Rakan kami boleh memberikan anda dengan perkhidmatan yang anda telah mendaftar untuk terima.

Jika anda memilih untuk tidak memberi Maklumat Peribadi tertentu, pilihan tersebut mungkin akan membuatnya sukar atau mustahil untuk anda mengakses perkhidmatan melalui Laman. Misalnya, anda mungkin tidak akan dapat mendaftar untuk atau menyelesaikan sebuah Program. Walau bagaimanapun, ia akhirnya adalah pilihan anda sama ada anda mahu berinteraksi dengan kami dan Sekolah Rakan, mendaftar untuk Program-Program, dan/atau mengambil bahagian dalam pembelajaran dalam talian melalui Sekolah Rakan.

Tambahan itu, laman kami, seperti kebanyakan laman-laman web, secara automatik mengumpulkan maklumat tertentu daripada pelawat-pelawat laman, seperti alamat IP atau pengecam unik lain komputer atau peranti lain anda, dan maklumat mengenai sejarah pelayaran dan interaksi-interaksi laman web yang dikaitkan dengan peranti tersebut. Maklumat peranti dan aktiviti dalam talian ini mungkin dianggap sebagai Maklumat Peribadi. Walau bagaimanapun, kami tidak menggunakan jenis Maklumat Peribadi yang dikumpulkan secara automatik ini untuk mengenal pasti atau untuk selanjutnya berinteraksi dengan seorang individu tertentu melainkan dan sehingga pengguna tersebut secara sukarela memberikan Maklumat Peribadi lain dengan kaedah-kaedah yang digariskan di atas. Maklumat lanjut tentang cara kami menggunakan maklumat ini secara anonim dan/atau agregat adalah diterangkan di bawah tajuk “Cara Kami Mengumpulkan dan Menggunakan Maklumat Tidak Boleh Dikenal Pasti Secara Peribadi” di bawah.

C. Jenis Maklumat Peribadi Yang Kami Kumpulkan dan Cara Kami Menggunakannya.

1. Maklumat Peribadi Yang Kami dan Sekolah-Sekolah Rakan Kami Kumpulkan Secara Langsung

Maklumat Peribadi yang anda mungkin diminta untuk memberi kepada kami dan/atau Sekolah Rakan kami, dan cara kami dan mereka mungkin menggunakan Maklumat Peribadi tersebut, adalah diterangkan di bawah. Kami membentangkan maklumat ini berdasarkan kategori-kategori Maklumat Peribadi yang dikumpulkan, tetapi sila ambil perhatian bahawa maklumat tertentu yang serupa mungkin dipakai untuk beberapa kategori. Misalnya, nama anda dan alamat e-mel mungkin disertakan dalam setiap kategori “Maklumat Perhubungan”, “Maklumat Komunikasi, Aktiviti dan Pemasaran” dan “Maklumat Sejarah Pendidikan” yang diterangkan di bawah.

Kategori Maklumat Mengapa Kami Mengumpulkannya Bagaimana Kami Menggunakannya

Maklumat Perhubungan

Contoh:

  • Nama penuh
  • Alamat e-mel
  • Nombor telefon
  • Alamat/Lokasi
  • Keutamaan kontak
  • Alamat IP
  • Data kuki mengenai keutamaan pelayaran dan tingkah lalu dan keutamaan kontak
  • Sebab untuk menghubungi anda (iaitu, butiran mengenai pertanyaan atau permintaan anda)

Kami mengumpulkan maklumat ini jika diperlukan untuk kami memeterai dan/atau melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda. Misalnya, kami mungkin memerlukan maklumat ini untuk mengesahkan identiti anda.

Kami juga mengumpulkan maklumat ini supaya kami boleh menjalankan perniagaan kami dan memberikan perkhidmatan kepada anda dan orang lain, seperti yang dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Untuk membantu kami mengenal pasti anda.

Untuk memberikan anda dengan maklumat dan perkhidmatan yang anda minta. Ini mungkin merangkumi maklumat yang diminta oleh pihak ketiga yang menggunakan “rujuk kawan anda” atau borang rujukan yang serupa. Tambahan itu, bergantung kepada perjanjian kami dengan Sekolah Rakan kami, ini mungkin merangkumi maklumat tentang sekolah-sekolah atau program-program dalam talian lain yang mungkin menarik minat anda.

Untuk memberi maklumat relevan kepada anda semasa melayari laman web kami atau atas permintaan anda, untuk membantu anda dengan pendaftaran untuk Program-Program atau kursus-kursus, dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

Tertakluk kepada hak anda untuk pilih keluar, untuk memasarkan kepada anda melalui e-mel atau kaedah-kaedah elektronik yang lain.

Kategori Maklumat Mengapa Kami Mengumpulkannya Bagaimana Kami Menggunakannya

Maklumat Komunikasi, Aktiviti dan Pemasaran

Contoh:

  • Maklumat Perhubungan
  • Komunikasi E-mel
  • Komunikasi Teks (SMS)
  • Perbualan / rakaman telefon
  • Permintaan, tarikh dan status janji temu
  • Nota penasihat
  • Post awam dibuat oleh anda
  • Testimoni dan pendapat
  • Imej

Kami mengumpulkan maklumat ini jika diperlukan untuk kami memeterai dan/atau melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda. Misalnya, kami mungkin perlu memberikan anda dengan maklumat tentang Program-Program yang anda telah daftarkan.

Kami juga mengumpulkan maklumat ini supaya kami boleh menjalankan perniagaan kami dan memberikan perkhidmatan kepada anda dan orang lain, seperti yang dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Sekiranya diperlukan dari sisi undang-undang, kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk mengumpulkan maklumat ini (misalnya untuk menggunakan imej anda dalam foto dan video).

Untuk membolehkan anda mengambil bahagian dalam kawasan-kawasan interaktif Laman, seperti mengambil bahagian dalam forum-forum perbincangan atau memberikan komen-komen kepada pos orang lain.

Untuk memastikan kualiti perkhidmatan kami dan interaksi-interaksi dengan anda.

Untuk memberikan anda dengan maklumat dan perkhidmatan yang anda minta. Bergantung kepada perjanjian dengan Sekolah Rakan kami, ini mungkin merangkumi maklumat tentang sekolah-sekolah atau program-program lain dalam talian yang mungkin menarik minat anda.

Untuk membantu anda dengan pendaftaran untuk Program-Program atau kursus-kursus dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

Tertakluk kepada hak anda untuk pilih keluar, untuk memasarkan kepada anda melalui e-mel atau kaedah-kaedah elektronik yang lain.

Untuk memberikan orang awam dengan maklumat tentang Sekolah Rakan kami, Program-Program, dan produk dan perkhidmatan lain untuk tujuan pemasaran.

Kategori Maklumat Mengapa Kami Mengumpulkannya Bagaimana Kami Menggunakannya

Maklumat Peribadi/Demografi

Contoh:

  • Maklumat Perhubungan
  • Maklumat Sejarah Pendidikan
  • Maklumat Sejarah Pekerjaan
  • Umur/linkungan umur
  • Alamat capaian internet/IP
  • Mata wang
  • Bahasa
  • Kewarganegaraan
  • Jantina
  • Gabungan agama
  • Latar belakang kaum/etnik
  • Status veteran atau tentera

Kami mengumpulkan maklumat ini jika diperlukan untuk kami memeterai dan/atau melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda. Misalnya, kami mungkin memerlukan maklumat ini untuk mengesahkan identiti dan maklumat permohonan anda.

Kami juga mengumpulkan maklumat ini supaya kami boleh menjalankan perniagaan kami dan memberi perkhidmatan kepada anda dan orang lain, seperti yang dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Untuk memastikan kualiti perkhidmatan kami dan interaksi-interaksi dengan anda.

Untuk membalas kepada dan/atau menangani permintaan dan pertanyaan anda, dan/atau untuk memberi maklumat yang diminta kepada anda.

Untuk membantu anda dengan pendaftaran Program-Program dan kursus-kursus dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

Kategori Maklumat Mengapa Kami Mengumpulkannya Bagaimana Kami Menggunakannya

Maklumat Sejarah Pendidikan

Contoh:

  • Maklumat Perhubungan
  • Tahap pendidikan
  • Ijazah-ijazah yang dipegang, sekolah yang dihadiri sebelumnya, pemindahan kredit
  • Sebab-sebab pengajian
  • Maklumat ujian kecekapan Bahasa Inggeris
  • Maklumat penilaian terdahulu
  • Transkrip-Transkrip

Kami mengumpulkan maklumat ini jika diperlukan untuk kami memeterai dan/atau melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda. Misalnya, kami mungkin memerlukan maklumat ini untuk mengesahkan identiti dan maklumat permohonan anda dan untuk memproseskan permohonan dan pendaftaran anda.

Kami juga mengumpulkan maklumat ini supaya kami boleh menjalankan perniagaan kami dan memberi perkhidmatan kepada anda dan orang lain, seperti yang dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Untuk memberi anda dengan maklumat tentang Sekolah Rakan, Program-Program, dan/atau kursus-kursus yang anda mungkin berminat atau yang mungkin menarik minat anda berdasarkan pilihan anda yang ditunjukkan.

Untuk membalas kepada pertanyaan-pertanyaan anda tentang Sekolah Rakan kami, Program-Program, dan/atau kursus-kursus.

Untuk membantu anda dengan pendaftaran untuk Program-Program atau kursus-kursus dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

Kategori Maklumat Mengapa Kami Mengumpulkannya Bagaimana Kami Menggunakannya

Maklumat Sejarah Pekerjaan

Contoh:

  • Maklumat perhubungan
  • Majikan terdahulu dan semasa, jawatan pekerjaan, dan status pekerjaan

Kami mengumpulkan maklumat ini jika diperlukan untuk kami memeterai dan/atau melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda. Misalnya, kami mungkin memerlukan maklumat ini untuk mengesahkan identiti dan maklumat permohonan anda dan untuk memproseskan permohonan dan pendaftaran anda.

Kami juga mengumpulkan maklumat ini supaya kami boleh menjalankan perniagaan kami dan memberi perkhidmatan kepada anda dan orang lain, seperti yang dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Untuk memberi anda dengan maklumat tentang Sekolah Rakan, Program-Program, dan/atau kursus-kursus yang anda mungkin berminat atau yang mungkin menarik minat anda berdasarkan pilihan anda yang ditunjukkan.

Untuk membalas kepada pertanyaan-pertanyaan anda tentang Sekolah Rakan kami, Program-Program, dan/atau kursus-kursus.

Untuk membantu anda dengan pendaftaran untuk Program-Program atau kursus-kursus dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

Kategori Maklumat Mengapa Kami Mengumpulkannya Bagaimana Kami Menggunakannya

Maklumat Berkaitan Bantuan Kewangan

Contoh:

  • Pelan-Pelan kewangan untuk pelaburan dalam Program-Program dan/atau kursus-kursus (iaitu, pembiayaan sendiri, pinjaman pelajar, pinjaman majikan, lain-lain) dan kaedah-kaedah pembayaran
  • Wakil bantuan kewangan
  • Status permohonan bantuan kewangan

Kami mengumpulkan maklumat ini jika diperlukan untuk kami memeterai dan/atau melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda. Misalnya, kami mungkin memerlukan maklumat ini untuk mengesahkan identiti dan maklumat permohonan anda dan untuk memproseskan permohonan dan pendaftaran anda.

Kami juga mengumpulkan maklumat ini supaya kami boleh menjalankan perniagaan kami dan memberi perkhidmatan kepada anda dan orang lain, seperti yang dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Untuk memberi anda dengan maklumat tentang Sekolah Rakan, Program-Program, dan/atau kursus-kursus yang anda mungkin berminat atau yang mungkin menarik minat anda berdasarkan pilihan anda yang ditunjukkan.

Untuk membalas kepada pertanyaan-pertanyaan anda tentang Sekolah Rakan kami, Program-Program, dan/atau kursus-kursus.

Untuk membantu anda dengan pendaftaran untuk Program-Program atau kursus-kursus dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

Kategori Maklumat Mengapa Kami Mengumpulkannya Bagaimana Kami Menggunakannya

Maklumat Program Sekolah Rakan

Contoh:

  • Maklumat perhubungan
  • Maklumat permohonan
  • Status permohonan
  • Sebab-sebab pengajian
  • Faktor-Faktor risiko untuk menyelesaikan Program-Program tersebut atau kursus-kursus, seperti isu-isu akademik, kewangan, peribadi atau teknikal
  • Program-Program atau kursus-kursus pilihan
  •  Kelayakan Program dan kursus dan maklumat prasyarat
  • Tarikh dan butiran pendaftaran yang dirancang
  • Status kemasukan dan penerimaan Program-Program dan kursus-kursus
  • Bilangan Program-Program dan/atau kursus-kursus yang anda mendaftar
  • Butiran, tarikh, status dan keputusan pendaftaran kursus
  • Butiran, tarikh, status dan keputusan pendaftaran pelajar yang rasmi
  • Butiran penilaian, pentaksiran, dan penyertaan
  • Pelan-Pelan laluan ijazah

Kami mengumpulkan maklumat ini jika diperlukan untuk kami memeterai dan/atau melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda. Misalnya, kami mungkin memerlukan maklumat ini untuk mengesahkan identiti dan maklumat permohonan anda dan untuk memproseskan permohonan dan pendaftaran anda.

Kami juga mengumpulkan maklumat ini supaya kami boleh menjalankan perniagaan kami dan memberikan perkhidmatan kepada anda dan orang lain, seperti yang dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Bagi pihak Sekolah Rakan tersebut, untuk memberi anda dengan maklumat dan perkhidmatan yang anda telah minta daripada Sekolah Rakan.

Untuk membantu anda dengan pendaftaran untuk Program-Program atau kursus-kursus dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

Untuk membalas kepada dan/atau menangani permintaan dan pertanyaan anda, dan/atau untuk memberi maklumat yang diminta kepada anda, termasuk maklumat yang telah diminta oleh sebuah pihak ketiga menggunakan “rujuk kawan anda” atau borang rujukan yang serupa.

Kategori Maklumat Mengapa Kami Mengumpulkannya Bagaimana Kami Menggunakannya
Maklumat Permohonan

 

Contoh:

  • Maklumat Perhubungan
  • Maklumat Peribadi/Demografi
  • Maklumat Sejarah Pendidikan
  • Maklumat Sejarah Pekerjaan
  • Maklumat Berkaitan Bantuan Kewangan
  • Pengecam lain (contohnya, nombor ID yang dikeluarkan oleh kerajaan)
  • Maklumat keperluan khas (contohnya, ketidakupayaan fizikal atau mental)
  • Surat-surat sokongan
  • Sejarah/sabitan jenayah

Kami mengumpulkan maklumat ini jika diperlukan untuk kami memeterai dan/atau melaksanakan sesuatu kontrak dengan anda. Misalnya, kami mungkin memerlukan maklumat ini untuk mengesahkan identiti dan maklumat permohonan anda dan untuk memproseskan permohonan dan pendaftaran anda.

Kami juga mengumpulkan maklumat ini supaya kami boleh menjalankan perniagaan kami dan memberi perkhidmatan kepada anda dan orang lain, seperti yang dibincangkan dengan lebih lanjut di bawah.

Untuk membantu anda dengan pendaftaran untuk Program-Program atau kursus-kursus dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

2. Maklumat Peribadi Yang Kami Peroleh Daripada Pihak-Pihak Ketiga

 

Sebagai tambahan kepada Maklumat Peribadi yang kami dan Sekolah Rakan kami mengumpulkan secara langsung daripada anda melalui interaksi anda dengan Laman dan penyertaan anda dalam Program-Program dan perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh kami dan Sekolah Rakan kami, kami mengumpulkan sesetengah Maklumat Peribadi daripada pihak-pihak ketiga. Kami terlibat dengan pembekal-pembekal pengayaan data pihak ketiga, yang meningkatkan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan dan berkongsi dengan mereka (seperti yang dibincangkan di bawah) untuk memberikan kami dengan maklumat tambahan yang berkaitan dengan demografi, gaya hidup/minat, dan pendapatan isi rumah. Kami menggunakan maklumat ini untuk lebih memahami pelajar dan bakal pelajar, supaya kami boleh menyesuaikan pemesejan pemasaran kepada orang-orang tertentu, supaya maklumat yang kami bekalkan adalah bermakna dan berguna kepada Sekolah Rakan kami dan kepada penerima tersebut.

3. Kegunaan Maklumat Peribadi Yang Terpakai Secara Amnya

Tambahan itu, semua Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan secara langsung dan daripada pihak-pihak ketiga mungkin digunakan untuk tujuan-tujuan tambahan berikut, yang semuanya adalah berkaitan dengan operasi perniagaan kami dan pemberian perkhidmatan kami:

  • Penyimpanan rekod dalaman kami dan Sekolah Rakan kami;
  • Untuk membolehkan kami atau Sekolah Rakan kami untuk menghubungi anda melalui e-mel, teks atau telefon untuk sebarang sebab di atas;
  • Sekiranya perlu, sebagai sebahagian kepada penstrukturan semula Keypath dan sekutunya (Kumpulan Keypath);
  • Untuk mematuhi kewajipan undang-undang, peraturan, dan kewajipan tabir urus baik yang lain;
  • Untuk menukarkan Maklumat Peribadi kepada data samaran dan/atau data tanpa nama, dan menggunakannya (biasanya secara statistik beragregat) untuk penyelidikan dan analisis;
  • Untuk mendapatkan pandangan yang membolehkan kami dan Sekolah Rakan kami untuk mengukur keberkesanan perkhidmatan kami;
  • Untuk mengetahui tentang bakal pelajar dan pelajar semasa supaya kami boleh menambahbaikkan Program-Program dan memberikan anda dan orang lain dengan perkhidmatan yang lebih baik; dan
  • Untuk menilai keperluan dan sumber-sumber yang berkaitan kepada bakal pelajar dan pelajar semasa untuk Program-Program, dan untuk menyesuaikan pemesejan pemasaran kami kepada minat, keperluan dan kebolehan khusus anda dan mereka.

Semasa kami menggunakan Maklumat Peribadi untuk tujuan-tujuan perniagaan kami, tujuan-tujuan perniagaan tersebut termasuk bekerja dengan Sekolah Rakan kami untuk menyediakan Program-Program, membalas kepada komen dan aduan daripada anda, pelajar dan bakal pelajar kami, memasarkan produk dan perkhidmatan kami dan Sekolah Rakan kami, menambah baik dan membangunkan produk dan perkhidmatan yang baru, dan memastikan produktiviti, fungsi dan keselamatan Laman.

D. Berapa Lama Kami Menyimpan Maklumat Peribadi.

Kami akan menyimpan Maklumat Peribadi anda selagi kami mempunyai keperluan perniagaan untuk berbuat demikian dan/atau seperti yang diperlukan untuk memenuhi tujuan maklumat tersebut dikumpulkan dan digunakan, melainkan tempoh yang lebih lama diperlukan oleh undang-undang atau kontrak dengan Sekolah Rakan kami. Misalnya, kami akan menyimpan Maklumat Peribadi sekurang-kurangnya selagi anda terus berdaftar dalam mana-mana Program. Dan, jika mana-mana Laman membolehkan anda membuat akaun, kami akan menyimpan Maklumat Peribadi yang dikaitkan dengan akaun anda selagi anda mengekalkannya. Keperluan-keperluan perniagaan di mana Maklumat Peribadi akan disimpan termasuk undang-undang, cukai, perakaunan, pengurusan risiko, dan tujuan-tujuan perniagaan lain.

Semua butiran pemohon, pendaftaran, dan pelajar akan disimpan sekurang-kurangnya selagi kami terus memberikan perkhidmatan kepada Sekolah Rakan tersebut, melainkan kami bersetuju sebaliknya dengan Sekolah Rakan tersebut. Sebaik sahaja kami tidak lagi mempunyai hubungan dengan Sekolah Rakan kami, amalan kami adalah untuk menyahkenal pasti semua Maklumat Peribadi yang kami pelajari semasa hubungan tersebut.

Ia adalah penting untuk perhatikan bahawa sesetengah maklumat mungkin didedahkan kepada orang awam. Misalnya, dengan persetujuan anda, kami mungkin menggunakan imej dan testimoni anda dalam bahan-bahan promosi. Sehubungan itu, maklumat anda akan dapat dilihat dan diterbitkan semula selagi bahan-bahan promosi tersebut terus disiarkan dalam talian, atau selagi salinan cetak masih wujud. Tambahan itu, kami atau Sekolah Rakan kami mungkin menyediakan perkhidmatan yang membolehkan anda memaparkan maklumat di Laman di forum awam dan di papan-papan mesej. Dalam kes-kes tersebut, sebaik sahaja dipaparkan maklumat akan dapat dilihat dan diterbitkan semula oleh orang lain selagi laman web tersebut kekal aktif. Walaupun laman-laman web dipadamkan, laman-laman web tersebut mungkin boleh terus diakses jika laman-laman web tersebut diarkibkan atau dicachekan. Oleh itu, anda harus berfikir dengan teliti sebelum memberi persetujuan anda kepada penggunaan nama, imej, dan komen-komen dalam sebarang bahan dan, jika berkenaan, sebelum memaparkan apa-apa di mana-mana kawasan awam Laman. 

BAGAIMANA KAMI MENGUMPULKAN DAN MENGGUNAKAN MAKLUMAT TIDAK BOLEH DIKENALPASTI SECARA PERIBADI

A. Apakah Maklumat Tidak Boleh Dikenal Pasti Secara Peribadi? 

Maklumat tidak boleh dikenal pasti secara peribadi merujuk kepada maklumat yang bukan dan tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti seorang individu tertentu. Ini mungkin merangkumi maklumat mengenai ciri-ciri statistik pelawat ke Laman atau orang-orang yang berdaftar dalam Program-Program. Walaupun maklumat ini boleh menentukan kesesuaian anda dengan sekumpulan orang tertentu, ia adalah tidak unik kepada anda, dan ia tidak boleh digunakan (tanpa maklumat lain) untuk mengenal pasti anda secara khusus. Bahagian ini menerangkan cara kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi.

B. Maklumat Yang Tidak Boleh Dikenal pasti Secara Peribadi Yang Kami Kumpulkan dan Sebabnya.

Semasa anda melayari Laman atau berinteraksi dengan kami secara elektronik (seperti melalui e-mail), kami mungkin secara automatik mengumpulkan maklumat standard tentang log internet dan laman web, dan butiran-butiran corak mengenai kelakuan pelawat Laman. Maklumat ini merangkumi nama pembekal perkhidmatan internet anda, sistem operasi anda, jenis pelayar dan bahasa pelayar anda, alamat IP komputer dan peranti lain anda (melainkan alamat IP tersebut boleh digunakan untuk mengenal pasti anda), masa akses anda, laman web yang merujukkan anda kepada Laman, halaman-halaman web tertentu yang anda lawati dan tarikh dan masa lawatan tersebut, dan pautan-pautan yang diklik semasa anda melayari Laman.

Kami menggunakan maklumat ini untuk menilai Laman, untuk mengetahui bahagian mana di Laman yang popular atau yang mungkin memerlukan penambahbaikan, dan untuk meningkatkan pengalaman penggunaan Laman anda dan orang-orang lain. 

C. Kuki dan Teknologi-Teknologi Penjejakan Lain.

Laman tersebut menggunakan “kuki”, pengecam tanpa nama dan teknologi-teknologi penjejakan lain seperti suar web, yang membolehkan kami membezakan anda daripada pengguna lain dan memberi anda dengan maklumat yang disesuaikan untuk anda. Untuk maklumat lanjut, sila lihat bahagian “Dasar Kuki” Dasar Privasi ini. 

D. Perkhidmatan Analitik.

Laman tersebut mungkin menggunakan alat dan perkhidmatan analitik untuk mengumpulkan maklumat tentang penggunaan Laman, seperti berapa kerap pengguna melawat Laman, halaman-halaman yang mereka melawat semasa mereka berbuat demikian, dan apakah laman-laman lain yang mereka gunakan sebelum melawat Laman. Kami menggunakan maklumat yang kami kumpulkan daripada perkhidmatan analitik tersebut untuk mengekalkan dan menambahbaikkan Laman dan perkhidmatan kami dan Sekolah Rakan kami. Perkhidmatan analitik yang kami gunakan termasuk Google Analytics, Iklan Facebook, dan lain-lain. 

E. Maklumat Tanpa Nama.

Maklumat tanpa nama merujuk kepada maklumat yang tidak membolehkan pengenalpastian seorang pengguna individu, seperti maklumat agregat atau demografi. Kami mungkin menggunakan maklumat tanpa nama atau mendedahkannya kepada pembekal-pembekal perkhidmatan pihak ketiga untuk menambahbaikkan Laman dan perkhidmatan kami dan Sekolah Rakan kami. Kami juga mungkin mendedahkan maklumat tanpa nama kepada pihak-pihak ketiga, termasuk firma-firma penyelidikan pasaran.

DASAR KUKI

A. Apa Itu Kuki?

Kuki adalah sejumlah kecil data yang disimpan dalam pelayar atau peranti anda, atau halaman yang anda lihat ketika anda melawati sebuah lawan web. Sesetengah kuki dipadam sebaik sahaja anda menutup pelayar atau aplikasi anda (kuki sesi), manakala kuki lain adalah dikekalkan walaupun selepas anda keluar supaya anda boleh dikenali apabila anda kembali (kuki berterusan). Kuki kebiasaannya tidak mengandungi sebarang maklumat yang mengenal pastikan seorang pengguna, tetapi Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda boleh dikaitkan kepada maklumat yang disimpan dan diperoleh daripada kuki.

B. Cara Kami Menggunakan Kuki.

Kami menggunakan kedua-dua kuki sesi dan berterusan di Laman. Kuki yang kami guna secara amnya boleh dibahagikan kepada kategori-kategori berikut:

  • Kuki mandatori: Ini adalah kuki yang diperlukan untuk operasi Laman tersebut, seperti kuki yang membolehkan anda log masuk ke dalam kawasan yang selamat.
  • Kuki berfungsi: Ini adalah kuki yang mengingati pilihan yang anda buat semasa anda melawat Laman tersebut seperti pilihan-pilihan bahasa. Mereka membantu untuk menjadikan lawatan anda lebih peribadi dan membantu anda navigasi Laman tersebut.
  • Kuki Analitik/Pemasaran: Ini adalah kuki yang mengumpulkan maklumat tentang penggunaan Laman anda secara automatik, seperti halaman-halaman yang anda lawati, dan juga pautan-pautan yang anda ikuti. Ini membantu kami untuk mengenali pelawat terdahulu kepada Laman, dan memahami berapa banyak orang yang menggunakan Laman dan bagaimana mereka menavigasi Laman. Seperti yang dinyatakan di atas, kami menggunakan perkhidmatan analitik untuk menganalisis tingkah laku pengguna, jadi pihak-pihak ketiga ini akan meletakkan jenis-jenis kuki tersebut di Laman.

C. Pilihan Anda Mengenai Kuki.

Kebanyakan pelayar web menerima kuki secara automatik, tetapi anda biasannya boleh menukar tetapan anda untuk mencegahnya, seperti dengan meminta peranti anda untuk memberi amaran kepada anda setiap kali kuki dihantar atau memilih untuk mematikan semua kuki. Di Laman tersebut, anda akan dapat melumpuhkan semua kuki kecuali kuki mandatori. Ini boleh dilakukan melalui tetapan pelayar web anda, dan oleh kerana setiap pelayar adalah berbeza, anda perlu melihat menu “Bantuan” pelayar anda untuk mengetahui cara untuk mengubahsuai tetapan kuki anda. Terdapat juga sumber-sumber dalam talian yang boleh membantu anda mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana untuk memilih keluar dari pengiklanan tingkah laku yang disasarkan daripada banyak rangkaian pengiklan pihak ketiga utama.

Jika anda melumpuhkan kuki daripada pelayar anda, anda mungkin tidak dapat mengakses bahagian tertentu di Laman yang menggunakan kuki penting, dan ini mungkin membuat pengalaman penggunaan Laman anda kurang efisien.

D. Permintaan Jangan Jejak.

Pada masa ini, pelayar-pelayar tertentu, termasuk Firefox, Google Chrome, Safari dan Internet Explorer, menawarkan pilihan “jangan jejak” (DNT). Pilihan ini, menggunakan teknologi yang dikenali sebagai pengepala DNT (DNT header), menghantar isyarat kepada laman-laman web yang dilawati oleh pengguna tentang pilihan DNT pengguna, jika ada, yang ditetapkan pada pelayar. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang kami tidak memberi komitmen untuk membalas isyarat DNT pelayar. Kami tidak boleh membuat komitmen ini kerana tiada standard industri umum untuk DNT yang telah diterima pakai oleh kumpulan industri, syarikat teknologi atau pengawal selia.

BAGAIMANA KAMI BOLEH BERKONGSI MAKLUMAT

A. Perkongsian Maklumat dengan Sekolah Rakan.

Kami mengumpulkan, menggunakan, dan memproseskan Maklumat Peribadi anda bagi pihak Sekolah Rakan kami, dan dengan itu, ia akan dikongsikan dengan Sekolah Rakan tersebut untuk semua tujuan yang selaras dengan Dasar Privasi ini, termasuk untuk memproseskan permohonan-permohonan dan bahan-bahan pendaftaran dan untuk memenuhi hubungan kontraktual kami dengan Sekolah Rakan tersebut. Tambahan itu, kami juga mungkin mengumpulkan dan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan Sekolah Rakan supaya kami boleh bekerjasama dengan mereka untuk membangunkan, menyebarkan dan menyampaikan Program-Program dan kursus-kursus tambahan, dan untuk memudahkan pembelajaran dalam talian yang fleksibel.

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak mempunyai kawalan ke atas cara Sekolah Rakan menggunakan Maklumat Peribadi dan maklumat lain yang kami berkongsi dengan mereka. Sekolah Rakan kami mempunyai dasar privasi sendirinya, dan pengumpulan dan penggunaan Maklumat Peribadi anda oleh mereka adalah tertakluk kepada dasar mereka, yang akan berbeza daripada Dasar Privasi ini.

B. Perkongsian Maklumat dengan Orang Lain.

Kami mungkin berkongsi maklumat dengan pihak-pihak ketiga yang lain dalam keadaan-keadaan berikut:

  • Kami mungkin berkongsi maklumat anda, termasuk Maklumat Peribadi anda, supaya kami atau orang lain boleh memberikan anda dengan pos berkala, atau menghubungi anda mengenai produk, perkhidmatan atau acara-acara. Bergantung pada hubungan kami dengan Sekolah Rakan kami dan pilihan yang anda nyatakan, ini mungkin merangkumi perkongsian Maklumat Peribadi anda dengan institusi-institusi lain supaya kami atau mereka boleh menghubungi anda mengenai program-program dalam talian yang lain. Jika anda tidak mahu kami berkongsi maklumat dengan cara ini, sila beritahu kami dengan menghubungi kami di info@keypathedu.com.
  • Kami mungkin menggaji syarikat atau orang lain untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami dan kami mungkin perlu berkongsi Maklumat Peribadi dengan mereka untuk memberi perkhidmatan kepada anda. Misalnya, pihak-pihak tersebut mungkin mengendalikan pengurusan data dan/atau pengedaran e-mel kami. Pihak-Pihak lain diberi Maklumat Peribadi supaya mereka boleh memberi perkhidmatan pengayaan data seperti yang dibincangkan di atas. Melainkan kami memberitahu anda secara berbeza, mereka tidak mempunyai sebarang hak untuk menggunakan Maklumat Peribadi anda melebihi apa yang diperlukan untuk membantu kami.
  • Kami mungkin berkongsi maklumat, seperti Maklumat Peribadi, dengan sekutu korporat kami dalam Kumpulan Syarikat Keypath untuk tujuan-tujuan perniagaan kami dan mereka yang sah, termasuk pengembangan yang berpotensi dan promosi produk dan perkhidmatan kami dan mereka, dan kegunaan-kegunaan lain yang konsisten dengan tujuan-tujuan yang diterangkan di Dasar Privasi ini.
  • Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan majikan anda, jika majikan anda sedang membayar untuk pendaftaran anda dalam sebuah Program.
  • Kami akan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pihak-pihak ketiga untuk tujuan-tujuan yang lain jika kami mempunyai persetujuan nyata “opt-in” anda untuk berbuat demikian.
  • Kami mungkin mendedahkan data bukan peribadi, agregat, tanpa nama dalam satu format yang tidak dikenal pasti untuk sebarang tujuan perniagaan yang sah.
  • Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi atas permintaan agensi-agensi penguatkuasaan undang atau kerajaan atau sebagai tindak balas kepada sepina, perintah-perintah mahkamah, atau proses undang-undang lain untuk menubuhkan, melindungi, atau melaksanakan hak undang-undang kami atau hak-hak lain atau untuk mempertahankan tuntutan undang-undang, atau sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang.
  • Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi jika kami percaya bahawa tindakan tersebut adalah berpatutan untuk (a) melindungi hak-hak, properti, atau keselamatan seorang pengguna Laman atau mana-mana orang lain, (b) menyiasat atau mencegah pelanggaran oleh anda terhadap sebarang hubungan kontraktual atau hubungan lain-lain dengan kami atau Sekolah Rakan kami, (c) menyiasat atau mencegah aktiviti haram, penipuan atau berbahaya sebenar atau berpotensi oleh anda, atau (d) mengesan, mencegah, atau sebaliknya menangani isu-isu penipuan, keselamatan, atau teknikal.
  • Kami mungkin berkongsi maklumat, termasuk Maklumat Peribadi, sehubungan dengan, semasa rundingan, atau sebagai sebahagian kepada penutupan sebarang penggabungan, penjualan aset syarikat, pembiayaan, atau pengambilalihan semua atau sebahagian perniagaan kami kepada syarikat lain.

Kami tidak akan menjual Maklumat Peribadi anda.

CIRI-CIRI PERKONGSIAN SOSIAL DAN LAMAN-LAMAN WEB PIHAK KETIGA

Laman tersebut mungkin menawarkan rangkaian sosial dan ciri-ciri perkongsian yang serupa, seperti butang-butang Facebook, Twitter, Instagram, dan YouTube, yang membolehkan anda berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Laman tersebut, Sekolah Rakan kami, dan/atau Program-Program yang anda mendaftar melalui platform-platform media sosial pilihan anda. Tambahan itu, Laman tersebut mungkin memasukkan pautan-pautan ke laman-laman web pihak ketiga. Laman-Laman tersebut, dan penggunaan sebarang data oleh pihak-pihak ketiga yang dikumpulkan oleh laman-laman tersebut, adalah tidak ditadbir oleh Dasar Privasi ini. Anda harus sentiasa menyemak dasar-dasar privasi untuk sebarang laman yang anda lawati sebelum menyerahkan Maklumat Peribadi anda.

Jika anda membenarkan sambungan antara Laman tersebut dengan laman-laman rangkaian sosial anda atau laman pihak ketiga yang lain, kami (dan pengendali laman lain) mungkin boleh mengenal pasti anda, dan mengaitkan maklumat yang kami (dan mereka) menerima dengan maklumat yang kami (dan mereka) sudah mempunyai mengenai anda. Tambahan itu, bergantung pada bagaimana anda menggunakan ciri-ciri tersebut dan tetapan anda dengan rangkaian sosial atau laman pihak ketiga yang lain, maklumat yang anda kongsi mungkin tersedia kepada orang lain, termasuk kawan-kawan anda dan/atau orang awam. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana maklumat anda boleh dikongsikan melalui rangkaian-rangkaian sosial dan laman-laman pihak ketiga yang lain sebaik sahaja ia dibekalkan kepada mereka, semak dasar-dasar privasi rangkaian-rangkaian sosial dan laman-laman pihak ketiga yang lain tersebut.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN KAMI

Kami menggunakan pelbagai langkah keselamatan standard industri untuk mengekalkan keselamatan Maklumat Peribadi anda, termasuk langkah-langkah yang direka untuk melindungi Maklumat Peribadi anda daripada kehilangan yang tidak disengajakan dan daripada akses, penggunaan, perubahan dan pendedahan yang tidak dibenarkan. Kami menyimpan Maklumat Peribadi yang anda bekalkan dalam pelayan yang selamat (dilindungi kata laluan dan firewall).

Malangnya, tiada penghantaran data elektronik melalui Internet boleh dijamin 100% selamat. Akibatnya, walaupun kami percaya bahawa kami menggunakan langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Maklumat Peribadi, kami tidak boleh memastikan atau menjamin keselamatan sebarang maklumat yang dihantar atau sebaliknya dibekalkan kepada kami atau diterima oleh kami.

Jika mana-mana bahagian Laman tersebut membenarkan anda untuk membuat akaun, ia akan menjadi tanggungjawab anda untuk menjaga kerahsiaan akaun dan kata laluan anda. Kami tidak akan meminta kata laluan anda (kecuali, jika berkenaan, semasa anda membuat akaun anda dan log masuk Laman tersebut).

HAK-HAK ANDA MENGENAI MAKLUMAT ANDA

A. Hak-Hak Am.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau penggunaan Maklumat Peribadi anda oleh kami, anda boleh menghubungi Unit Perlindungan Data Peribadi kami di e-mel info@keypathedu.com atau melalui telefon di +60327052662 Tambahan itu, anda juga boleh menghubungi kami pada bila-bila masa di info@keypathedu.com untuk meminta akses kepada, meminta untuk salinan, dan meminta kami untuk membuat sebarang kemas kini kepada Maklumat Peribadi anda.

Jika, di mana berkenaan, anda mempunyai sebuah akaun di mana-mana Laman, anda boleh mengakses dan mengemaskinikan maklumat akaun anda dalam talian, dengan mendaftar masuk akaun anda dan memilih maklumat yang anda mahu kemas kini.

Seperti yang dinyatakan di atas, kami mempunyai amalan pengekalan standard berkenaan dengan Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan. Jika anda ingin meminta sebarang pelupusan awal untuk Maklumat Peribadi anda, sila menghubungi kami di info@keypathedu.com. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat melupuskan Maklumat Peribadi sepenuhnya daripada Laman tersebut atau sistem-sistem kami dalam keadaan-keadaan tertentu. Ini akan berlaku jika data tersebut bukan dalam format yang boleh dicari, jika ia dikekalkan dalam sistem-sistem sandaran atau halaman-halaman cache atau diarkibkan, jika kami memerlukannya untuk mencegah penipuan atau penyalahgunaan lanjut, atau jika kami diperlukan oleh undang-undang untuk menyimpannya.

B. Hak-Hak Anda Mengenai Pemasaran Langsung.

Seperti yang dinyatakan di atas dalam Dasar Privasi ini, kami mungkin menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk memberi anda dengan maklumat pemasaran dan promosi mengenai produk dan perkhidmatan kami dan Sekolah Rakan kami. Promosi-promosi ini mungkin dibuat melalui pos, e-mel, telefon, aplikasi pesanan segera, atau pesanan teks (SMS), atau kaedah-kaedah lain yang mungkin menjadi relevan atau tersedia.

Dengan memberi kami dengan nombor telefon, anda memberi persetujuan nyata anda untuk dipanggil dan/atau menerima teks oleh kami atau oleh Sekolah Rakan kami di nombor telefon yang diberi anda. Anda faham bahawa panggilan-panggilan ini mungkin dijana menggunakan teknologi automatik, termasuk, sebagai contoh, teknologi-teknologi pendail automatik dan klik untuk dail. Panggilan-Panggilan ini mungkin dirakamkan untuk tujuan-tujuan jaminan kualiti dan latihan. Persetujuan anda untuk menerima panggilan atau teks adalah tidak diperlukan untuk mendaftar dalam sebarang Program atau menerima sebarang perkhidmatan pendidikan atau perkhidmatan yang berkaitan daripada Sekolah Rakan kami. Dalam kes-kes di mana kami memerlukan persetujuan anda untuk komunikasi pemasaran langsung di bawah undang-undang yang berkenaan, jika anda memberi persetujuan anda, anda boleh mengubah fikiran anda pada bila-bila masa.

Semua bahan promosi yang dihantar menggunakan kaedah-kaedah elektronik akan mengandungi satu kaedah yang mudah untuk ada berhenti menerima komunikasi-komunikasi yang lanjut. Misalnya, kami mungkin memberikan anda dengan satu pautan “unsubscribe”, atau sebarang alamat e-mel yang anda boleh hantar permintaan untuk pilih keluar.

Anda boleh menguruskan pilihan persetujuan anda berkenaan dengan aktiviti-aktiviti pemasaran langsung dengan menghubungi kami di info@keypathedu.com.

Sila ambil perhatian bahawa walau apa pun pilihan nombor telefon dan e-mel anda, kami mungkin perlu menghubungi anda mengenai pendaftaran anda di Sekolah Rakan kami, seperti yang diperlukan oleh undang-undang, atau mengenai perkara-perkara undang-undang. Walau bagaimanapun, kami tidak akan menghantar anda komunikasi pemasaran langsung jika anda telah memilih keluar untuk menerimanya.

B. Hak-Hak Penduduk California.

Sila lihat Notis Privasi kami untuk Penduduk-Penduduk California.

NOTA MENGENAI KANAK-KANAK DAN ORANG-ORANG BAWAH UMUR

Laman ini tidak disasarkan kepada, dan kami tidak berminat untuk mengumpul maklumat daripada, kanak-kanak, dan kami tidak mengumpulkan sebarang Maklumat Peribadi daripada kanak-kanak di bawah 13 tahun secara sengaja. Jika anda adalah ibu bapa atau penjaga yang sah yang percaya bahawa anak bawah umur anda telah memberikan kami dengan sebarang Maklumat Peribadi, sila menghubungi kami di info@keypathedu.com.

Jika anda berumur bawah 18 tahun, anda tidak boleh memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga yang sah anda. Apabila anda memberi Maklumat Peribadi anda kepada kami, kami akan menganggap bahawa ibu bapa atau penjaga sah anda telah bersetuju kepada pemberian Maklumat Peribadi anda kepada kami.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI

Kami mungkin membuat perubahan kepada Dasar Privasi ini. Sebarang pengubahsuaian akan berkuatkuasa apabila perubahan tersebut dipaparkan di Laman tersebut. Anda boleh menyemak versi terkini Dasar Privasi ini pada bila-bila masa dengan mengakses bahagian Laman tersebut yang dilabelkan sebagai Dasar Privasi, dan anda boleh menentukan bila tarikh akhir Dasar Privasi ini disemak semula dengan merujuk kepada legenda “Tarikh Akhir Dikemaskini” yang terletak di bahagian atas Dasar Privasi ini. Anda dijangkakan untuk memeriksa Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa untuk mengambil tahu tentang sebarang perubahan. Anda memahami dan bersetuju bahawa akses berterusan anda kepada atau penggunaan Laman selepas sebarang pengubahsuaian kepada Dasar Privasi ini dipaparkan menunjukkan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian tersebut, walaupun anda tidak mengambil masa untuk membaca pengubahsuaian tersebut.

BAHASA DASAR PRIVASI INI

Selaras dengan keperluan-keperluan Seksyen 7(3) Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Dasar Privasi ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidakseragaman atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.